asslamualaikum..ana ni ingin skali berkongsi ilmu dgn antum..so jom bce tntang ape itu zina hati...
Sabda Rasulullah…
“Zina mata dengan melihat, kedua telinga zinanya mendengar, lidah zinanya bercakap, tangan zinanya berpegangan, kaki zinanya melangkah dan hati zinanya dgn berhasrat, membayangi,dan berharap. Semua itu dibenarkan (direalisasi) oleh kemaluan.” (HR Bukhari).
zina hati diterjemahkan kepada 3 iaitu:
Berhasrat.
Berharap.
Membayangi.
Jika dilihat dari terjemahan melayu yang lainnya pula ada yang mengatakan merindui dan mengingini. Walaubagaimanapun, huraiannya tidaklah menyimpang jauh ke mana. Maaf, matan hadis dalam bahasa arab tidak dapat diletakkan atas beberapa masalah.
Baiklah, mari kita lihat dulu mengapa ia dinamakan zina hati. Berbalik kepada Al-Qur’an: “janganlah kamu mendekati zina” (al-isra’:32)
Lalu, apa yang dikatakan hadis tadi semuanya menjurus kepada zina dan semuanya adalah dilarang dalam Islam bertepatan dengan ayat ini dalam kalimah “mendekati”. Dari sini, kita dapat faham bahawa apa yg dikatakan sebagai zina hati itu ialah “perasaan dalam hati yang mendorong ke arah penzinaan”.
tapi. kalau kita merindui atau meminati seseorang ..? mcm mana ..? adakah zina hati jgak..?
Islam adalah agama yang menghormati fitrah manusia. Rasanya semua maklum. Namun fitrah itu juga bukanlah sewenang2nya diikuti sehingga menimbulkan fitnah. Dalam keadaan ini, perasaan minat pada manusia itu adalah fitrah. Lalu, adakah itu termsuk fitrah yang dilarang atau yg dihalalkan?
Jawapannya, perasaan minat kepada seseorang itu bukanlah termasuk zina hati. Ianya termasuk dalam fitrah manusia yang mana amat dihormati oleh Islam dan halal jika tidak secara berlebihan (contohnya x makan, x minum, samapi tinggal solat, termenung x tentu pasal, dan lain2). Walaubagaimanapun, bagi mereka yang menjaga wara’nya ataupun amat takut dengan taqwanya akan rosak, lalu eloklah dijauhkan. Ini kerana, walaupun perasaan itu tidak haram ianya boleh merosakkan kesempurnaan ibadah seseorang dan kesucian hati. Tetapi, sekali lagi diingatkan, ianya halal selagi tidak memudharatkan diri.
tapi.... Perasaan minat juga boleh termasuk dalam zina hati.
kerana .. ia boleh jika kita minat padanya sehingga kita terbayang2 pada minda, ataupun kelopak mata kita. Inilah yang ditafsirkan oleh hadis tadi sebagai membayangi. Membayangkan seseorang yang kita minat pada otak akan membawa kepada benda yang lebih melarat. Lebih2 lagi jika kita membayangi aurat si dia. Lalu, itu secara jelasnya termasuk dalam zina hati. ianya adalah HARAM dan dilarang keras dalam Islam.
*Wallahua'lam .=)
maaf andai ada kekurangan. mohon ditegur ya =')

t.kasih untuk imu yg bermanfaat. semoga Allah melindungi kta dari zina ^^
BalasPadam