Isnin, 31 Disember 2012

tangisan seorang hamba T_T sob3 hehe..


Air mata ibarat butiran mutiara yang sangat cantik. Namun kecantikan itu hanya terjelma dari sebuah kesedihan dan keluluhan hati. Kesedihan membuahkan kecantikan. Sungguh ironi, ianya dapat mendamaikan sekeping hati yang rawan.
Air mata ibarat embun yang menitis, sungguh menyegarkan. Namun kesegaran itu hanya bisa terjelma setelah melalui malam panjang yang dingin dan gelita. Sungguh ironi, ianya dapat menenangkan hati yang terluka. 
Air mata ibarat hujan yang merenyai, sungguh menyejukkan. Namun kesejukkan itu hanya mampu terjelma setelah mendung yang menduga. Sungguh ironi, kerana  ianya mampu melegakan gelojak jiwa.
Namun, disebalik semua ironi ini, apakah nilai sebenar sebuah tangisan?
Percayakah jika ku katakan hati itu adalah sangat keras? Lebih keras dari batu. Sedangkan batu bila dihempap air betubi-tubi lama-lama akan terbelah jua ianya. Demikianlah ku rasakan hatiku juga sungguh keras.
Kali terakhir air mata membelai pipi kira-kira 8-9 tahun yang lalu. Melihat orang menangis tidak meninggalkan sebarang kesan dihati. Mungkin sebak, namun tiada istilah tangisan dalam hidup. Mendengar ayat Al-Quran dibacakan ibarat tiada kesan. Bukan telinga yang dipekakkan, tetapi hati yang ditulikan. Tuli dari merasakan getarnya amaran Allah dalam Al-Quran, tuli dari merasakan cinta pada Rabb dan Rasul.
Mungkin hati itu tidak pernah merasa apa itu cinta sebenar kerana ia telah tertutup untuk merasakan cinta pada Allah dan Rasul. Mendengarkan penderitaan Rasulullah dan Sahabat langsung tidak meninggalkan parut di hati.
"Allah telah mengunci hati dan pendengaran mereka, penglihatan mereka telah tertutup, dan mereka akan mendapar azab yang amat berat"
(Surah al-Baqarah ayat 7)
Maka, apa lagi gunanya hatiku ini. Tidak mampu lagi merasa Kasih dan Sayang Allah padaku. Hati menjadi keras kerana noda-noda hitam telah membalutinya. 'Cirrhosis' jika mengikut istilah perubatan. Hati yang telah keras dan buruk sehingga menjejaskan anggota tubuh badan yang lain. Selayaknya menjalani pembedahan menggantikannya dengan hati yang baru. Teringat Firman Allah;
"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu Allah menambahkan penyakit itu, dan mereka mendapat azab yang pedih kerana mereka berdusta"
(Surah al-Baqarah ayat 10)
Namun, di satu ketika, Allah menimpakan musibah untuk diriku.. air mata lah yang menjadi suri peneman hidupku. Tatkala mencari ruang untuk mencari kekuatan, air Mata juga lah yang menjadi penawar tiap kedukaan yang menyapaku. Entah mengapa, air mata ini sering tumpah saat merasakan kesengsaraan hati yang tidak terperi. Ku cuba selongkar tiap hikmah yang tersirat di dalam ujian yang dihantarkan kepadaku.
Ibarat terpenjara dalam satu sangkar emosi yang dikurung rapat. Hati hanya mampu menangis. Tatkala berjalan sendirian, air mata mahu berjurai, namun digagahi jua agar tidak menangis di tengah jalan saat orang ramai di sepanjang jalanan. Saat berkurung dibilik, air mata berjurai laju. Saat ke kelas, air mata ditahankan sepenuh hati agar tidak bisa ternampak oleh rakan-rakan.
Allah itu Maha Mengetahui. Hati yang keras dan kalis tangisan, kini lebur. Begitu berat ujian yang diberikan Allah sehingga hati yang keras telah cair dibasahi tangisan. Menangisi kehidupan yang kian suram, menangisi cinta yang lahir dari syaitan, menangisi masa depan yang tak mampu difaham, menangisi hari-hari yang berlalu sebegitu sahaja, menangisi kegembiran yang berlalu di depan mata, tapi tidak mampu merasainya.

Tangisan itu hanya semata-mata untuk dunia. Menangisi dunia yang kian lepas dari genggaman. Terleka dan terlupa, bahawa Allah menginginkan dunia itu untuk pergi, pergi meninggalkan. Satu hari, aku meluahkan apa yg terbuku dihati pada seorang sahabat.
Lalu dia bertanya padaku, "Untuk apakah dan siapakah tangisanmu sedangkan seharusnya tangisan mu di hadapan Allah?"
Aku menjawab pertanyaan tersebut dengan sebuah pertanyaan " Untuk siapa kau rasa?" dan berlalu pergi tanpa menunggu sebuah jawapan. Kemudian, aku kembali tertanya, untuk apa dan siapa tangisan ku ini?
Aku kembali teringat akan satu peristiwa dipagi hari, saat tidur di kamar sahabat tersebut, terjaga di sepertiga malam, terdengar sendu tangisnya di dalam tahajjud, cintanya bersujud menghadap Ilahi. Hati turut menjadi sayu mendengar sendunya, tetapi tertanya mengapa dia menangis? Aku bertanya padanya selepas itu " Mengapakah kau menangis?". Jawabnya, " Kerana aku merasa sungguh kerdil di hadapan Allah, maka aku menangis".
Mendengarkan jawapan tersebut aku terpana. Aku tertanya, jika tangisnya untuk Allah, maka untuk siapakah tangisku? Baru kusedar, tangisan ku hanya untuk dunia, maka ia tiada nilai. Pernah ku terbaca sebuah hadith Nabi dalam sebuah buku karangan Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Rasulullah S.A.W menyatakan bahawa diakhirat kelak, antara golongan manusia yang mendapat perhatian Allah SWT ialah mereka yang menangis kerana Allah Taala. Allah SWT berseru, " Dimanakah hamba-hamba-Ku yang menangis?" Lalu Allah SWT memerintahkan para Malaikat-Nya supaya membawa hamba-hamba-Nya yang menangis di siang hari lebih lebih lagi di malam hari kerana mengenangkan dosa-dosa mereka. 
Sebanyak mana air mata yang mengalir kerana takutkan kemurkaan Allah, maka ia akan ditimbang bersama-sama dengan darah para syuhada yang tumpah kerana memperjuangkan dan mempertahankan agama Allah. Air mata itu juga akan ditimbang bersama-sama dengan dakwat ulama yang telah menulis berbagai-bagai kitab yang memperjelaskan hukum-hakam dan syariat Allah SWT supaya difahami dan diamalkan oleh manusia.
Betapa besar nilai sebuah tangisan yang belum kita faham. Jauh dari kefahaman itulah, air mata itu tumpah hanya sia-sia.
Kini baru kufahami hikmah disebalik ujian yang sangat berat yang telah kuhadapi. Allah ingin melembutkan hati yang telah keras. Hati yang perlu dibasahi dengan tangisan menghadap-Nya. Namun, Allah tidak membiarkanku lemas dalam lautan air mata dunia. Di datangkan seorang sahabat setia untuk mengingati yang terlupa walau selaut dosa kuhampar padanya. Bahawa sesungguhnya, tangisan itu hanya selayaknya untuk Allah sahaja. Sungguh Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengasihani. Memberi ujian untuk hamba-Nya dalam segunung hikmah yang sukar difahami.

Maka, tanyalah kembali diri kita, kemana telah tumpahnya air mata kita?Adakah dihadapan Allah kerana takutkan dosa yang menggunung sedangkan amal tidak bertambah? Atau didepan dunia yang hanya sementara. Kiralah berapa banyak tumpahnya air mata untuk kekasih hati bila putus cinta? Kiralah betapa banyak air mata tumpah kerana kehilangan harta disayangi. Kiralah berapa banyak air mata tumpah mengenangkan ahli keluarga tersayang yang telah pergi. Kiralah berapa banyak air mata yang tumpah kerana perkara yang sia-sia. Kiralah air mata itu, walau selautan jumlahnya, namun tangisan itu tiada bermakna. Tidak bernilai disisi Allah Taala, kerana ia bukan tumpah kerana cinta dan kasih hanya kepada-Nya.
Di akhirat kelak, Allah akan mengurniakan sebuah bendera yang berwarna warni kepada golongan air mata yang tumpah hanya pada-Nya. Meraka akan berada dibawah panji-panji itu yang diserahkan kepada Nabi Nuh sebagai ketuanya.
Nabi Nuh As dipilih mengetuai golongan air mata kerana pengalaman hidupnya yang dipenuhi pelbagai kepahitan, kesengsaraan, ancaman dan tentangan. Tatkala Rasulullah SAW bersedih kerana perjuangan baginda yang sukar, Allah mewahyukan perihal Nabi Nuh, yang jauh lebih getir perjuangannya untuk memotivasikan Baginda dan para sahabat.
Dicelah-celah kegersangan hati dan sukma, basahkan lah ia dengan tangisan sebagai sebenar-benar hamba.. Alirkanlah ia dan persembahkanlah hanya kepada Allah semata. Sudah terlalu banyak air mata yang tumpah sia-sia kerana dunia. Kini biar la ia tumpah di medan perjuangan ini, bukan kerana sedih atau berputus asa, tetapi kerana mendamba kasih dan Rahmat Ilahi dan cinta baginda, Muhammad SAW.

Sungguh besar nilai sebuah tangisan untuk Ilahi itu, umpama besarnya seperti darah syuhada' dan dakwat para ilmuan. Tangisan yang lahir dari hati yang mendambakan Allah bukan mudah untuk datang. Maka, ku syukuri setiap ujian yang menduga kerana dengan ujian itulah hati yang keras menjadi lembut. Hanya dengan ujianlah membawa hati lebih ingat kepada tuhanku dan hanya dengan ujian hati ini sentiasa tenang dalam rahmatNya.
"Ya Allah anugerahkanlah aku sebuah tangisan yang lahir atas cintaku hanya pada-Mu, sungguh aku rindu pada tangisan menghadap-Mu"
wallahu a'lam..

Memegang Title "Muslimah Bertudung labuh' Sukar !


Dari jauh,ramai mata saling memandang kearah seorang muslimah..tampak biasa tapi sebenarnya luar biasa, .maka kedengaran bunyi bisik membisik sesama mereka.

Muslimah bertudung labuh itu berjalan perlahan meninggalkan mereka,, sambil beristighfar..

“Ya Allah,,balut hatiku dalam mempertahankan syariatMu. Cukup kepadaMu aku serahkan segala urusan. Amin YA Rabb.”

Usai menghabiskan bacaan ayat terakhir surah AR-rahman ,muslimah tersebut tersenyum. rase cukup tenang. Terimbau memori kembali perkenalannya dengan “Tudung Labuh”. Subhanallah. Rindunya pada pertemuan tu. Sesiapa yang mengenalinya,, insya Allah terasa sesuatu kelainan. Istimewa.. Hanya orang yang memakai dapat merasakan keajaiban “Tudung Labuh”.

ceritanya bermula disini..dari hati membentuk peribadi disuburi dengan iman..ehem2..

“Ummi,,nape letakkan adik kat sekolah maahad? tak nakla..kan banyak lagi sekolah terbaik dan lebih hebat. Tapi sekolah nie,urm…bicara adik sambil menjeling persekitaran sekolah maahad. Dalam hatinya membisik, ”Daifnya,!”

Maka bermulah perjalanan seorang mujahidah mencari erti disebalik perjuangan.^^

Disekolah maahad,, diwajibkan memakai kain tudung labuh putih. Mestilah mematuhi etika labuh. Jangan ada yang singkat kat bahagian depan dan belakang, kalau tak,mulalah pengawas berpakaian seragam warna hijau mula mengadakan spot-check. Agak tegas juga.!
Semasa proses mengenali lebih lanjut kain tudung labuh nie,, banyaklah yang dilalui. Manis? Rasenye banyak yang pahit. tapi takpe. Kan syurga itu manis. Sabar ye wahai diri. :)

Tingkatan 1, tak dinafikan..erghh.. rase tertekan je pakai kain tudung labuh nie kan. Sampai satu saat, adalah satu peristiwa yang betul-betul mematahkan semangat. Time tu, berjalan pulang dari sekolah. Tibe2 bertembung dengan guru2 disekolah rendahnya..fasihah menegur,,

“assalamualaikum cikgu,. Cikgunya nampak terkejut. YA Allah,, kamu rupernye, fasihah..Cikgu ingtkan makcik mane tadi. Cz nampak macam makcik jual kat pasar je. “mak cik jual kat pasar??”,sabar jela.hmm..fasihah menenangkan hatinya.

Memasuki tingkatan 2

, dah mule rasa biase dengan bertudung labuh.Tapi ujian tak pernah terhenti. Tipulah rase tak tergoyah bile tengok shabat2 mule memakai kain tudung bawal berwarna-warni.. Adesh..cantik gitu! 
Lagi2,, dengan penambahan manik2 kat tepi tudung. Cemburu lak. Cz kite pakai tudung labuh mane ade manik2. Biasela. Tengok kawan-kawan kadang2 mempengaruhi selera dan pengaruh pada diri. Kan?

Waktu bergerak dengan pantas,,fasihah dah tingkatan tiga. Masih lagi tegar dengan pemakaian tudung labuh. Alhamdulillah.

Jika angin mampu menyamankan insan,

Jika matahari yang terik bisa memancar cahayanya,

JIka bintang mampu membuat orang terpesona,

Jika hujan mampu membuat orang bersyukur.

ini pula dengan tudung labuh. Mampu membuat anda selamat! Tak caye? Try la.. Insya Allah.=)

=======================================================

Tingkatan 4.

“Oitt,,fasihah.. kau tak tengok ke sekarang iklan2 kat supermarket n model2 terkini? Alia menegur fasihah..

“nape ye?, fasihah bingung.

“Engkau nie tak update betulla. Sekarang nie, mane ade lagi orang pakai macam kau nie, labuh semacam je. 

Nak nampak zuhud le terr. Orang tengah sibuk2 pakai kain tudung ariana,ariano(faham2 jerla) tapi kau nie still kuno..malu aku.!”

“..Top tau tak jenis tudung camtu skang..!, Alia cuba meyakinkan fasihah..

 Bukannya fasihah tak tahu tentang jenis tudung glamour tu, memang cantik, dengan warna warni. Design yang cukup menarik, senang lak dipakai. Just sarung je kat kepala. Tapi,,maaf. Takde yang labuh,bahkan kain melekat kat tubuh,,Urmm.

Umur semakin meningkat. Pejam celik pejam celik.. Haish..Dah nak SPM. Umur 17? Aduhai.. Bagaimana agaknya tahap keimanan kite pada hari nie.? Hijrah kite semakin kearah kebaikan atau sebaliknya? Wallahualam.

“Allahurabbi.. nape Ummi masukkan fasihah dalam program kecemerlangan SPM Bank Rakyat? Malulah ummi. Dahla fasihah sorang je yang tetibe masuk dalam senarai bersama sekolah menengah biasa. Kan fasihah nie sekolah hmm.. Yela..Ummi kena faham. Kite sekolah len sngat dengan sekolah lain.”, Terang fasihah sambil menjeling kearah Umminya. Sedikit geram..

“Laa,ape yang len nye? Ikutlah kite sekolah ape pun., yang penting kite g sne nak ikut program SPM kan? Ape yang malunye? Disebabkan tudung labuh tu ke? Malu nak tunjuk kat orang yang kite sekolah agama? Malu nak tunjuk kain tudung labuh niela yang betul2 menepati syariat agama? Bertubi2 pertanyaan Ummi.
fasihah tersentak.

Malam tu, fasihah cuba muhasabah. Berdrama dengan iman sendiri. Nape ye tak pernah terfikir selama nie.. Ye,,fasihah ! Selama nie,,kamu pakai sebab kamu sekolah ke? Nak tunjuk kamu ikut peraturan sekolah je? Disebabkan itu? AStaghfirullah. fasihah menangis tersedu2. Kamu kne berubah fasihah,, Kamu pakai sebab kamu ingin ikut syariat Allah.! Biarlah orang nak kate kamu nie Nampak tualah, ,nampak makcik ke,, susah nak pikat orang laki la.. Tapi kamu yakin,, KAmu pakai kerana Allah.kan Bertuah tu.. Sentiasa mendapat keredhaan Allah. Allahurabbi. Insya Allah,, fasihah takkan malu nak tunjuk pemakaian tudung labuh.^^

Keesokkan harinya, fasihah macam biasa. Lebih senang mengenakan jubah dan tudung labuh,, Bagi die Nampak anggun dimata dia. Lagilah Nampak comey kalau sEmuanya menutup aurat. Kan? hee

Program SPM anjuran Bank Rakyat tu berlangsung kat MAIK. Ramainya kawan2 sebaya dengannya berpusu2 menuju memasuki dewan..fasihah perasan. Hanya die yang “istimewa”.. Nape?  Die seorang je skolah agama. Malu tak terkira.. Sabar fasihah .sabar..Jangan malu..bangga tahu jadi orang yang mempelajari agama ni tau,,,. fasihah cuba memujuk hati, dalam berdakwah jangan pernah gentar dan bimbang.
fasihah melangkah ke dewan.

Alahai,,nak duduk tepi sape nie yer, Mata fasihah mengerling mencari tempat kosong. Semuanya dah penuh. Yang ada kerusi kat belakang sekali. Tapi,,,??

fasihah dah mula ragu2. Dari jauh die mengerling kearah kumpulan belakang. Nampak gayanya jenis kumpulan yang sedikit kasar kalau dilihat dari cara perlakuan. Ya Allah,,berikan aku kekuatan menghadapi mereka. Amin. bisik fasihah dalam hati.

“Assalamualaikum, boleh saye duduk dalam kumpulan awk.,? Lembut tutur fasihah menyusun bicara. Bimbang tersilap membawa padah. Mereka memandang. Dari atas hingga ke bawah.

“Duduk jerla, tak perlu mintak izin, ustazah! Keras suara salah seorang dari kumpulan mereka.

fasihah sedikit terkejut.,, Dengan wajah yang masih disenyumkan, fasihah sabar melayan kerenah mereka yang agak “luar biasa” nie,, “terima kasih, “ucap syakirah sebelum duduk.

Memang terasa kekok apabila berbicara dengan mereka. Lagi2, mereka sedikit kasar dari segi percakapan dan perlakuan. Terasa macam lelaki lak. Tapi, fasihah tak berputus asa. Kalau aku berfikiran mereka harus dijauhi kerana perbuatan negative, siapa yang ingin bimbing mereka kearah kebaikan? caiyok fasihah,,awk boley…! fasihah tersenyum sendiri. Harus ada usaha dakwah. Aku nak masuk syurga sma2 shabat. Bukan sorang diri..

Mase pulang dari kursus hari pertama, fasihah diuji lagi. Peserta2 diberikan baju t-shirt berlengan pendek. Diwajibkan memakai baju nie sebagai tandA penghormatan. Adesh…fasihah dah mula garu kepala..

“Ummi, adk  ingat adk tak nak g la esok kursus tu. Baju t-shirt! Macam mane nak pakai. Rase nak nanges je.,”keluh fasihah..

Ummi tersenyum memandang anak perempuannya. Haish..macam2.. Hee. “La,ape yang susah sangat.. adik pakai kain hitam, berbaju muslimah. pastu pakai t=shirt , bertudung labuh. Kan still tertutup.”, Ummi memberi cadangan.

Mata fasihah sedikit terbeliak. “Ummi,,malulah .Takkan nak pakai berlapis2. Aduhai,rase sedikit letih memikirkan nie. Tapi difikirkan kembali, Betul juga cadangan Ummi tu. Yang penting nak tonjolkan image pelajar agama n berpakaian yang betul2 menepati syariat, Harus pergi.. Sabar ye fasihah sayang, memujuk hatinya kembali.=)

Dipendekkan cerita, seperti yang diduga memang fasihah menjadi tumpuan setiap mata yang memandang..Yang paling menarik untuk dikongsi, apabila ramai kawan mula menegur menanyakan asal sekolah mane.(tentulah sekolah maahad) dan yang paling mengharukan buat fasihah,. apabila ibubapa yang mengambil anak2 pulang dari kursus tersebut menjdikan fasihah sebagai model tentang islam dan mengenai soal pakaian. Alhamdulillah., dia Berjaya menyampaikan dakwah. 

Walaupun bukan dakwah melalui kata2, tapi dakwah melalui tingkah laku dan berpakaian. Syukur ya Allah.

P/s: Kini, fasihah masih lagi berdiri. Tegar menghadapi mehnah dunia. Bukan mudah tuk melangkah dalam fatamorgana dunia. Tapi dia yakin. Dengan aturan syariatNya, dia bisa menjalani dengan penuh kesabaran.TUDUNG LABUH? Hanya orang istimewa dapat merasai “keindahan di sebalik kalimat tu” dan alhamdulillah fasihah berjaye myampaikan dakwah nye kpd sahabat baik nye yg bername alia..fasihah nk msok syurga bersame sahabat..Wallahualam..

Sabtu, 29 Disember 2012

jenis nafsu ade 7 iaitu:-




Mari kita belajar tentang nafsu. Jika tidak belajar tidak mungkin kita tahu. Jika kita tidak kenal nafsu, bagaimana kiita dapat menghadapinya. Mana mungkin hendak didik nafsu jika nafsu yang hendak dididik itu tidak dikenali. Bukan oleh main agak-agak saja, habis kena tipu nanti oleh nafsu yang jahat dan pandai menipu.

 بَلۡ زُيِّنَ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ مَكۡرُهُمۡ وَصُدُّواْ عَنِ ٱلسَّبِيلِ‌ۗ وَمَن يُضۡلِلِ ٱللَّهُ فَمَا لَهُ ۥ مِنۡ هَادٍ۬

"Bahkan sebenarnya telah diperhiaskan oleh Iblis bagi orang-orang yang kafir itu akan kekufuran dan tipu daya mereka (terhadap Islam), dan mereka pula disekat oleh hawa nafsu mereka daripada menurut jalan yang benar. Dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan oleh Allah (dengan pilihannya yang salah) maka tidak ada sesiapapun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya." (Ar-Ra'd 13:33)

Nafsu Ammarah

Nafsu yang mesti dikalahkan ialah nafsu Ammarah, iaitu nafsu yang sangat jahat. Nafsu inilah yang mendorong manusia kepada kejahatan. Jika boleh berbuat maksiat, baru terasa puas. Bahkan berlumba-lumba, siapa yang paling banyak buat maksiat.

Allah SWT perkenalkan sifat nafsu ammarah itu kepada kita:

إِنَّ ٱلنَّفۡسَ لَأَمَّارَةُۢ بِٱلسُّوٓءِ

“Sesungguhnya hawa nafsu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf: 12:53)

Orang yang berada di peringkat nafsu Ammarah tak peduli dengan Akhirat. Mudah kecewa dan tidak tahan bila diuji. Allah panjangkan umur mereka, agar puas dengan maksiat, bila mati akan lemparkan oleh Allah ke dalam api Neraka. Orang yang mempunyai nafsu Ammarah adalah nafsu ahli Neraka. Ada juga yang mencuba berpura-pura baik, agar mudah dengan kejahatan dan mencari keuntungan diri.

Dalam ayat 53 Surah Yusuf, ia berkaitan dengan peristiwa Nabi Yusuf dan Zulaikha, isteri perdana menteri Mesir. Pengajaran kisah itu, barangsiapa yang memiliki nafsu ammarah, dia tidak dapat tahan lagi untuk menjaga kehormatan dirinya, walaupun dia orang terkenal, akan jatuh ke lembah kehinaanlah orang yang menurutkan nafsu ammarah.

Orang yang memiliki nafsu ammarah, tidak mampu lagi untuk menjaga diri supaya tidak terjerumus ke dalam maksiat. Mengapa kita lihat orang yang tidak disangka-sangka tiba-tiba minum arak, punya simpanan perempuan, membunuh, rasuah dan sebagainya. Ini adalah akibat menuruti nafsu ammarah yang ada dalam diri.

Nafsu Lawwamah

Apabila nafsu Ammarah itu dapat dikalahkan, ia akan berubah kepada satu tahap yang bernama Lawwamah. Orang yang di peringkat ini sudah ada bunga kesedaran, keinsafan, dia sedar kejahatan itu berdosa dan kebaikan itu pahala, dia ingin berbuat baik, tetapi tidak tahan lama, waktu jatuh dalam kejahatan dia resah tak tentu arah, walaupun dia puas dengan kejahatan tapi hati menderita dengan kejahatan. Rasa berat untuk keluar dari kejahatan. Ini peringkat orang yang baru dapat hidayah, baru insaf. Nafsu ammarah telah dapat diatasi.

Inilah keadaan nafsu Lawwamah. Allah SWT berfirman:

وَلَآ أُقۡسِمُ بِٱلنَّفۡسِ ٱللَّوَّامَةِ

Dan Aku bersumpah dengan "Nafsul Lawwaamah" (Bahawa kamu akan dibangkitkan sesudah mati)! (Al-Qiaamah 75:2

Ketika ini timbul perebutan antara nafsu dan akal. Nafsu mengajak kepada kejahatan, akal mengajak kepada kebaikan. Orang yang memiliki nafsu lawwamah belum dapat membuat keputusan untuk berbuat baik. Ia seperti daun lalang, ikut ke mana arah angin bertiup. Tidak ada kekuatan untuk meninggalkan maksiat, dia boleh melakukan kejahatan lagi sesudah ia berbuat baik. Kadang-kadang ke tempat ibadah, kadang-kadang ke tempat maksiat, hatinya selalu merintih kepada Allah bila tidak dapat melawan nafsu untuk membuat maksiat. Atau tidak dapat istiqomah dalam berbuat kebaikan.

Nafsu Lawwamah inilah yang perlu dididik atau ditarbiyah. Peringkat ini perlu teruskan mujahadah, lawan nafsu. Tolak kehendak-kehendak yang jahat, yang disukai nafsu walaupun jiwa rasa menderita. Memanglah sakit, maklumlah melawan nafsu sama seperti melawan diri sendiri.

Nafsu Lawwamah ini diatasi dengan menambah ilmu, khususnya ilmu fardhu ain. Dengan ilmu itu dapat menyuluh mana halal, mana yang haram, mana yang berpahala, mana yang berdosa. Mana jalan ke Syurga, mana jalan ke neraka.

Bila sudah ada ilmu, sudah mula beramal sedikit-sedikit, nafsu mula terdidik, jadi baik sedikit dari sebelumnya. Nafsu yang agak baik ini dinamakan nafsu Mulhamah.

Nafsu Mulhamah

Dalam Al Quran, Allah ceritakan hal nafsu Mulhamah,

فَأَلۡهَمَهَا فُجُورَهَا وَتَقۡوَٮٰهَا

"Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu, jalan kejahatan dan ketaqwaan" (Asy-Syams : 8)

Di peringkat ini rupanya baru nampak jalan untuk menuju Allah. Allah tunjukkan jalan. Ini cara Allah hendak jadikan seseorang itu baik.

فَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يَهۡدِيَهُ ۥ يَشۡرَحۡ صَدۡرَهُ ۥ لِلۡإِسۡلَـٰمِ‌ۖ

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam." (Al-An'aam 6:125)

Bagaimana rasa hati orang yang memiliki nafsu Mulhamah ini? Iaitu apabila hendak berbuat amal kebajikan terasa berat. Dalam keadaan bermujahadah dia berbuat kebaikan-kebaikan kerana sudah mulai takut kemurkaan Allah dan Neraka. Bila berhadapan dengan kemaksiatan, hatinya masih rindu dengan maksiat, tetapi hatinya dapat melawan dengan mengenangkan nikmat di Syurga. Kerana itu perlu belajar tentang syurga dan neraka, ia dapat membantu orang yang bernafsu Mulhamah ini bermujahadah.

Dalam hatinya masih banyak sifat-sifat mazmumah, sifat keji. Dia sudah dapat mengenali penyakit yang ada dalam dirinya. Dia tahu dirinya ada sombong, ada riyak, ada pemarah, ada dendam, ada hasad dengki. cuma tidak mampu lawan. Belum cukup kekutan. Dalam pada itu dia mencuba beribadah dengan sabar.

Bagaimana rasa sabar itu? Sabar itu menahan rasa tidak setuju dalam hati, melahirkan rasa setuju. Contoh, nafsu tidak suka bangun awal untuk solat subuh, tetapi cuba juga bangun, walaupun jiwa rasa menderita, tapi bangun juga untuk solat subuh. Zahirkan rasa setuju bangun solat subuh walau nafsu tak suka. Peringkat orang yang bernafsu mulhamah, bila kena puji pasti dah rasa puas dan seronok, maknanya belum lagi ikhlas. Kalau beribadah, belum boleh khusyuk lagi. Oleh itu, jika mahu beribadah dengan khusyuk, tidak boleh tidak perlulah diatasi nafsu lawwamah ini.

Bagaimana hendak melawan penyakit hati yang ada dalam orang yang berada di peringkat nafsu mulhamah ini? Oleh kerana ia didorong oleh nafsu dan syaitan, kenalah amalkan zikir-zikir dan wirid-wirid tertentu, sebab syaitan dan nafsu hanya takut pada tuannya saja iaitu Allah SWT. Bila kita sentiasa berwirid dan berzikir, baru dapat merasai Allah sentiasa melihat kita. Boleh juga banyakkan membaca Al Quran.

Bila penyakit-penyakit hati, segala sifat mazmumah yang terkeji itu sudah tiada lagi, barulah Allah datangkan satu rasa kemanisan dalam hatinya dalam beribadah juga berbuat baik, dan akan timbul rasa benci dengan kejahatan. Itu petanda dia telah meningkat ke taraf nafsu yang lebih baik lagi iaitu nafsu Muthmainnah, atau nafsu yang tenang.

Nafsu Muthmainnah

Orang yang memiliki nafsu muthmainnah, Allah ceritakan sifatnya dalam Al Qur'an:

يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ , ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ , فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى , وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى 

"Wahai jiwa yang tenang (muthmainnah), kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha (kepada Allah) dan diredhai (oleh Allah), maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam Syurga-Ku." [Al Fajr : 27-30]

Hamba Allah yang sebenarnya ialah mereka yang telah sampai kepada nafsu Muthmainnah. Allah iktiraf mereka sebagai hambaNya. Sebelum itupun hamba juga. Cuma hamba yang menyembah Allah kerana dipaksa, bukan atas dasar keredhaan. Hamba Allah yang sebenar, mereka redha dengan Allah, dan Allah juga redha kepada mereka, kerana itulah mereka ini dijemput Allah untuk masuk ke syurga. Nafsu Muthmainnah inilah nafsu ahli syurga.

Mari kita kenali, bagaimana sifat orang-orang yang mencapai nafsu Muthmainnah ini? Iaitu bila dia buat amal kebajikan rasa sejuk hatinya, tenang dan puas. Selalu rasa rindu nak buat kebajikan, mereka senantiasa menunggu waktu untuk beribadah kepada Allah. Kerana itu mereka sanggup bangun awal di tengah malam, ternanti-nanti waktu Subuh. Ternanti-nanti saat pertemuan dengan Allah. Sementara menanti itu mereka isi waktu itu dengan zikir dan solat sunat dengan rela, sungguh rela, bukan terpaksa.

Hati mereka senantiasa rindu dengan Allah, bila dia baca ayat Allah yang ada kaitannya dengan neraka, dia rasa takut, cemas, hingga ada yang pengsan, kadang-kadang ada yang mati. Mereka takut dengan dosa, seolah-olah gunung akan menimpa kepalanya. Bila berkorban di jalan Allah berhabis-habisan, baru rasa puas hatinya. Senantiasa rasa cemas dengan maksiat dan cuba cegah habis-habisan.

Mereka yang mencapai Muthmainnah ini, ia akan bersabar dengan ujian dari Allah kepada dirinya. Doanya mustajab, Allah cepat kabulkan, rezekinya terjamin, dijamin oleh Allah. Bila selalu diuji dia sabar, akhirnya ia sudah boleh redha dengan ujian. Hasil dari kesabaran dan keredhaan dalam hatinya, maka ia akan meningkat kepada nafsu yang kelima iaitu nafsu Rodhiah.

Kalau boleh sampai ke tahap Muthmainnah inipun sudah cukup, sudah dikira dalam golongan bertaqwa. Sudah Allah sahkan sebagai hambaNya yang dijemput ke syurga, apatah lagi jika dapat mencapai tahap nafsu yang lebih baik, iaitu nafsu Rodhiah.

Setakat ilmunya bolehlah cerita, untuk mencapainya kenalah minta tolong dengan Allah saja, moga disampaikan ketahap itu. Kerana ini peringkat nafsu yang dimiliki para wali-wali Allah, orang yang sangat hampir dengan Allah.

Nafsu Rodhiah

Pernahkah dengar, ada orang yang kematian anak , mengucap syukur kepada Allah, berkata Alhamdulillah. Pernahkah kita dengar ada orang yang tidak terpilih ke medan perang, menangis dan bersedih?

Biasanya jika orang kematian anak, pastilah menangis. Begitu juga kalau tidak terpilih ke medan perang, patutnya gembira, kerana masih boleh tinggal bersenang lenang dengan keluarga.

Tetapi, itulah sifat orang yang telah mencapai tahap nafsu Rodhiah. Mereka redha terhadap apa yang Tuhan redha, terhadap apa yang berlaku dalam hidup mereka.

Pernah terjadi dalam sejarah, seorang ibu bila orang membawa berita tentang anaknya yang gugur di medan jihad, dia rasa gembira, kerana Allah telah pilih anak-anaknya menjadi ahli syurga. Anak yang syahid itu boleh memberi syafaat kepadanya di akhirat nanti. Begitu jauh pandangan mereka tentang akhirat, kerana itu mereka boleh redha dengan ketentuan Allah SWT.

Di segi amalan, walau sekecil-kecil tentang larangan, ia akan tinggalkan sungguh-sungguh, bagi dia apa yang makruh, dia anggap macam haram, yang sunat dia anggap macam wajib. Kalau tidak buat yang sunat seolah-olah rasa berdosa.

Mereka, dalam beribadah kepada Allah, khususnya Al Quran, bukan sekadar sedap membaca, bahkan sedap beramal. Sudah terasa lazat dalam beribadah. Akhlak mereka terpuji di sisi Allah. 

Mereka mampu memberi maaf ketika berkuasa. Satu peristiwa, sahabat Rasulullah yang memiliki hamba, suatu hari hambanya membawa dulang yang berisi daging kambing, tiba-tiba pisau yang terletak di atas dulang terjatuh di kepala anaknya yang sedang merangkak dan terus mati. Dalam keadaan demikian hamba tadi merasa takut, maka kata sahabat tadi, "Bertenanglah kamu, anak itu Allah punya, Allah ambil balik, maka pada hari ini aku memerdekakan kamu"

Tiada siapa yang boleh berbuat demikian kecuali mereka yang memiliki nafsu Rodhiah. Mereka akan rasa menderita bila sahabat terjerumus kepada dosa. Mereka akan doakan khusus untuk sahabatnya di malam hari agar terselamat dari maksiat.

Mereka juga banyak mendapat pertolongan dari Allah, di antaranya firasat yang Allah berikan, mereka mudah kenal dengan orang yang berbuat maksiat atau tidak. Mereka mudah untuk memimpin masyarakat, sebab dia kenal sifat-sifat hati. Orang yang dia didik nasihat-nasihatnya tepat. Mereka ini, jika dihalau dari masyarakat oleh pemerintah, tunggulah bala Allah akan turun. Banyak lahir karamah-karamah dari mereka, mulutnya masin apa yang disebut insya Allah akan terjadi.

Memang amat payah kita mencapai tahap mereka itu, tetapi kita tetap disuruh berusaha ke arah itu, kerana itulah hakikat ajaran Islam yang sebenar. Mintalah kepada Allah.

Nafsu Mardhiah

Jika nafsu Mardhiah, sudah tentu lebih hebat lagi. Orang yang berada di peringkat nafsu ini ialah apa saja yang mereka lakukan mendapat keredhaan Allah. Allah redha dengan apa saja yang mereka buat. Mereka inilah yang disebut dalam Hadis Qudsi: “Mereka melihat dengan pandangan Allah, mendengar dengan pendengaran Allah, berkata-kata dengan kata-kata Allah.” Kata-kata mereka masin, sebab itu mereka cukup menjaga tutur kata. Kalaulah mereka mengatakan celaka, maka celakalah. Kerana kata-kata mereka, kata-kata yang diredhai Tuhan. Mereka memandang besar apa saja yang Allah lakukan.

Nafsu Kamilah

Yang akhir sekali, tak boleh nak cerita banyak-banyak, sebab belum tercapai lagi tahap ini, nafsu Kamilah. nafsu yang paling sempurna di sisi Allah. Amat dikasihi oleh Allah. Manusia biasa tidak mampu sampai ke maqam ini. Kamilah hanya darjat untuk para rasul dan para nabi. Manusia biasa hanya sekadar peringkat keenam saja iaitu mardhiah. Ini sudah bertaraf wali besar.

Itulah 7 peringkat nafsu manusia. Jadi orang yang hendak mendidik manusia mesti faham peringkat-peringkat nafsu ini. Kemudian perlu faham bagaimana pula hendak mendidik setiap peringkat-peringkat nafsu tersebut supaya manusia menjadi manusia yang benar-benar hamba Allah.


Hari ini nafsu sudah tidak diperangi dan tidak dianggap musuh yang wajib diperangi. Sebab itu, tanyalah ulama mana sekalipun, tidak ada seorang pun yang memasukkan pendidikan nafsu dalam sukatan pelajaran. Yang banyak diceritakan suruh kawal nafsu. Di bulan Ramadhan disuruh kawal nafsu makan agar jangan berlebihan, atau kawal nafsu seks di siang hari, takut terlajak. Itu sahaja yang dicerita dalam tazkirah-tazkirah Ramadhan. Jarang kita dengar alim ulama cerita, nafsulah yang membawa masalah dalam kehidupan seharian.

Mungkin kita tertanya-tanya, mengapa nafsu sahaja yang saya ceritakan? Bagaimana Syaitan? Kedua-duanya, nafsu dan syaitan Allah tetapkan sebagai jahat dan musuh, tetapi dalam nisbah 1:3. 1 untuk syaitan, 3 untuk nafsu. Maknanya kejahatan nafsu 3 kali lebih dari syaitan. Sebab itu di bulan Ramadhan yang syaitan dibelenggu, tetap banyak kes-kes maksiat dan jenayah.

Nafsu adalah musuh dalam diri. Bahkan ia sebahagian daripada diri manusia. Ia adalah jismul latif (jisim yang tidak dapat dilihat). Ia sebahagian daripada badan tetapi ia perlu dibuang. Jika tidak dibuang ia musuh, hendak dibuang ia sebahagian daripada diri. Oleh kerana itu sangat sulit untuk melawan hawa nafsu. Nafsu adalah jalan atau highway bagi syaitan. Ini diterangkan oleh hadis Rasulullah ﷺ yang maksudnya :

"Sesungguhnya syaitan itu bergerak mengikuti aliran darah, maka persempitkan jalan syaitan melalui lapar dan dahaga"

Ini menunjukkan syaitan dapat dilawan dengan melawan hawa nafsu secara mengurangi makan atau berpuasa. Jika nafsu tidak terdidik, jalan syaitan adalah besar. Syaitan dapat lorong (peluang) yang amat luas untuk merosak manusia jika nafsu tidak terdidik.

Menghalau atau mengalahkan syaitan tidak dapat ditiup atau dijampi-jampi. Tetapi didiklah hawa nafsu, nescaya syaitan akan sukar untuk mempengaruhi diri. Jika nafsu terdidik, jalan syaitan akan terputus.

Yang boleh dijampi dengan ayat-ayat Quran ini ialah bila syaitan merosak jasad lahir manusia. Jika ini terjadi, syaitan boleh dilawan dengan ayat Kursi, surah An Naas atau lain-lain. Memang ada nas yang menyatakan demikian.

Tetapi jika syaitan merosak hati, jampi-jampi itu tidak dapat digunakan lagi tetapi hendaknya didiklah hawa nafsu. Sedangkan bila hati rosak, rosaklah seluruh anggota badan. Oleh kerana itu, pada syaitan tidak usah ambil pusing sangat tetapi didiklah nafsu, bermujahadahlah. Jika nafsu tidak terdidik maka mudahlah jalan syaitan mempengaruhi kita. Oleh kerana itu perangilah nafsu nescaya secara otomatik akan terhindarlah dari syaitan.

wallahu a'lam,,

bandkitlah remaje islam (",)..

Allah s.w.tberfirman,,maksudnye : "kami ceritekan kpd kamu (waha muhammad) perihal mereka dengan benar;sesungguhnye mereka itu orang mude yang kpd Tuhan meraka,,dan kami tambahkan mereka dengan hidayah petunjuk"...(surah al-Kahfi 18:13)..

PEMUDA BERANI..
Sewaktu peperangan badar pada bulan Ramadhan tahun ke-2 Hijrah,,berlaku satu peristiwa tentang kehebatan pemuda yg berani..Abdul Rahman bin Auf r.a. menceritakan : "ketika aku berdiri di tengah-tengah  barisan samasa peperangan badar,,aku menoleh ke kanan dan ke kiriku..tibe2 aku terpandang dua orang pemuda ansar yg masih remaja..aku benar2 berhasrat untuk bersama dengan mereka berdua..salah seorang daripada mereka bertanya kepadaku : "wahai pakcik,,adakah pakcik kenal Abu Jahal ?? aku menjawab : ya ! aku mengenalinye,,mengapa kamu menghajatinye wahai anak sedare ku ? lalu die berkata : aku pernah diberitahu bahawa Abu Jahal pernah mencaci  maki Rasulullah s.a.w. Demi Allah yang jiwaku berada dalam kekuasaan-Nya,,,sekiranya aku melihat Abu Jahal,,aku akan berlawan dengannya satu lawan satu sehingga terbukti siapa yang mati terlebih dahulu.. 

Aku begitu kagum dengan tekad dan semangat anak muda tersebut..Kemudian pemuda yang seorang lagi pon berkata sedemikian kepadaku..Tidak beberapa lama kemudian,,aku melihat Abu Jahal muncul dari jauh dan mundar mandir di antara orang ramai..Aku katakan kepada kedua-dua orang pemuda itu,,"bukankah kalian sudah melihat Abu Jahal..Itulah dia lawan yang kamu berdua tanyakan tadi "..

Mereka mendekati Abu Jahal dan tanpa menunggu lebih lama lagi mereka menghunuskan pedang ke arah Abu Jahal sehingga dia meninggal dunia ketika itu juga..Pemuda yang berani tersebut adalah muaz bin amru al-jamuh yang berusia 14 tahun dan muawwiz bin afra' yang berusia 13 tahun "..

Jika diperhati dengan teliti ,,kita akan dapati bahawa pemuda-pemudi merupakan asas yang utama dalam pembinaan setiap kerja..Al-Quran sendiri jelas menegaskan beberapa ayat yang khusus menyentuh peribadi pemuda..Tidak kurang juga Baginda s.a.w. pernah bersabda maksudnya : "seandainya agama itu berada di bintang,,nescaya salah seorang daripada lelaki parsi atau pemuda-pemuda parsi akan pergi ke sana untuk mendapatkannye"..

memerlukan kekuatan tarbiah..

Begitu hebatnya zaman remaja para sahabat Nabi s.a.w. yang diasuh mengikut pentadbiran bahawa berlandaskan al-quran da sunnah..Generasi pemuda kini memerlukan kekuatan pentarbiahan yang berterusan bagi pemantapan akidah,,akhlak,,dan jiwa agar mereka semakin taat kepada perintah Allah..Ini bermaksud,,sekiranya pemuda islam tidak mengerti hakikat tarbiah dalam pengertian sebenar,,maka tidak akan tercapai sebagaimana generasi pemuda dahulu..

Golongan yang dinamakan pemuda mestilahmengambil langkah tertentu bagi melakukan isti'dad (persendirian)..Apa yang digarapkan oleh Imam Hassan al-Banna Rasa'il merupakan panduan penting kepada kejayaan dan membina kehidupan pemuda yang gemilang..Secara ringkasnya seperti berikut :-
1) membina peribadi muslim..
2)membentuk keluarga muslim..
3)membina masyarakat muslim..
4)memilih teman yang baik..

wallahu a'lam..

Jumaat, 28 Disember 2012

untok mu wahai sahbat ~ ^_^


ini lah hari yg terakhir bersamamu wahai sahabat ~

untukmu sahabat..



Barangkali di ujung senja ini kita berpisah, maka aku titipkan segumpal rindu di sudut hatimu, barangkali di tepi waktu ini kita berpisah maka perkenankan aku untuk meletakkan sebutir rindu, barangkali selepas disini kita takkan pernah berjumpa maka catatlah sepenggal cerita yang pernah kita ukir bersama di kanvas hatimu... 

Aku ingin menulis puisi biar kau tau aku selalu menyimpan rindu untukmu

Sahabat...
kita bagaikan musafir dalam pengembaraan panjang, hamparan membentang lautan tak bertepi. kita menggerakkan kaki selangkah dan setapak sesekali berteduh sejenak di bawah rindangnya daun dan apa yang kita dapat!! sekantong ilmu atau keindahan semu ???

Sahabat...
jangan pernah merobek sesuatu yang pernah kita sulam, aku tak mengharapkan itu. ketika suatu saat, nanti atau lusa ku harap kamu akan selalu mengenangku, sebagaimana aku tetap ingat kamu, meski kau jauh; karena kau bagian dari hatiku

Sahabat...
barangkali kita tak pernah bertatap muka, ngobrol bersama sekedar membunuh waktu seperti waktu-waktu kemarin atau bermalam-malam sekedar mencari kekecewaan; aku ingin kita tetap satu dalam lingkaran

Sahabat...
sudilah kiranya kita saling menghembuskan nafas cinta biar kita tetap bersatu padu

Sahabat...
jarak yang membentang waktu yang menyekat tak bisa jadi alasan untuk kita bercerai

Sahabat...
andai saja selepas disini kita benar-benar berpisah dan tak akan bertemu lagi, barangkali sehelai puisi yang ku pahat di pelapah hatimu sedikit bisa mengobati rasa rindu

Untukmu...
ku kirimkan sebutir air mata
selamat jalan sahabat...

nasihat kubur tok hambe Allah smua ^_^

1) aq adalah tempat yg paling gelap diantara yg paling gelap,,maka terangilah aq dengan TAHAJUD ..
2)aq adalah tempat yg paling sempit,,maka luaskan lah aku dengan berSILATURRAHIM..
3)aq adalah tempat yg paling sepi,,maka ramaikanlah aku dengan perbanyakkan membace AL-QURAN..
4)aq adalah tempat binatang2 yg menjijikkan,,maka racuni aku dengan amal SEDEKAH..
5)aq yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak solat,,maka bebaskan sempitan itu dengan SOLAT..
6)aq adalah tempat untuk merendammu dengan cairran yg amat sakit,,bebaskan rendaman itu dengan                         PUASA..
7)aq adalah tempat mungkar & nakir bertanye,,maka persiapkanlah jawapanmu dengan perbanyakkan mengucap kalimah "LAILAHAILALLAH"
dipersilekan untuk share semoge ianye dpat menjadi peringatan dan saling berpesan2 antara kite smua ^_^..

Isnin, 24 Disember 2012

jage pndangan mata mu terhadap sesuatu..

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Pertamanya saya memohon maaf atas tulisan ini bukan mahu menjatuhkan sesiapa bukan pula mahu semata2 membela wanita..bacalah dengan hati yang terbuka...ia sekadar perkongsian dri saya, hasil pemerhatian dan pgalaman peribadi..." subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"aish, punyalah bnyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya?..Apabila lelaki tak jaga mata..memanglah..alasan paling tak sedap dengar yg lelaki bagi"standardlah tu, kiteorg kan lelaki,""normallah tu, huda, klu tak nnti org ingat kami gay pulak.... aish.. "klu tak suka, something wrong somewhere."" dah diaorg tunjuk, kita tengok jelah""free show sapa tak nak?""tengok je, bukan buat apa..""tengok je, tak luak la.""tengok je, tak sentuh pun..""tengok je, tengok je, tengok je." astaghfirullahalazim.ayat yang memang la sgt mengerunkan saya,..ya Allah!apa je yang ditengok tu? kalau AL QURAN tu, jgn kata baca, tengok dah dapat pahala,aurat dan aset perempuan ni, jangan kata pegang, sentuh,usik dan lain2 yang tak snggup sebut disini,TENGOK sahaja dah dapat DOSA.ulang tulis DOSA!TENGOK = DOSA!percuma2, tak buat apa, sekadar TENGOK JE dah dapat dosa.senang je. seronok ke kumpul dosa mata?mengucap panjang saya, dan tergeleng2 lah kepala mendengar dan menulis ayat2 nie.beruntunglah telinga2 yg xpernah mndengarnya danAmat beruntunglah bibir2 yang tak pernah menyebutnya danberbahgialah hati2 yang tak pernah terlintas benda2 sperti ini...Apabila lelaki tak jaga mata, pukul rata, tengok semua benda.siapa kata, perintah menundukkan pndgan hnya utk perempuan?ayat AL QURAN“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)Hadith yang diriwayatkan di dalam musnad Ahmad Ibn Hambal bahawa, daripada Jarir bin Abdullah radhiallahu’anhu berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan secara tidak sengaja, maka baginda menyuruhku memalingkan pandanganku.”Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.: “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.”.. bg saya.. pandangan pertama tu, rezeki.. kalo pandang untuk kali kedua, jatuh berdosa.. tp kalo jenis yg tgk sekali tp lama sampai tak berkelip2 mata.. pun berdosa gak.. pandangan pertama tu bermaksud sy,, sekilas lalu ucap lah #astaghfirullahalazim#... hehe...

Ahad, 23 Disember 2012

hikmah bertudung bagi yg tidak mngerti...


Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.

Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu. Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi< iktibar bagi kita semua. Wassalam...