Selasa, 1 Januari 2013

di jalan dakwah ini (",)


"Akh, biar apa pun yang terjadi, ana tetap bersama antum."
"Ana harap, ana dapat ikut usrah dengan akhi sampai bila-bila."
"Ana harap akhi akan terus membimbing ana."
"Akhi, kalau ana keluar dari jalan dakwah, tolong tampar ana sampai ana sedar."
Itulah antara dialog bagi mereka-mereka yang mula meletakkan cinta mereka pada pengislahan atau pembaikan diri. Mula meletakkan sebahagian atau sepenuhnya daripada tujuan hidup mereka untuk tarbiyah dan dakwah. Tapi, selalu juga kita dengar dialog seperti,
"Akh, ana tidak bersama antum lagi."
"Akh, ana nak hold dulu halaqoh."
"Akh, ana rasa ana tak mampu nak jadi seperti antum."
Dan lebih malang dan sedihnya apabila ayat yang kedua ini keluar daripada lidah mereka yang mengucapkan ayat-ayat yang pertama tadi.
Kenapa? Entahlah, macam-macam alasannya.
"Tidak ikhlaslah, tidak layaklah, tidak sucilah, tidak mampulah, tidak kuatlah, tidak minatlah, tidak itu dan tidak ini."
OK. Cuba kita duduk dan perhatikan sebentar. Alasan-alasan tadi selalu kita dengar daripada orang yang asalnya aktif dalam berbuat kebaikan, kemudian dia memilih untuk berhenti atas alasan-alasan tadi.
"Tidak ikhlaslah, tidak layaklah, tidak sucilah, tidak mampulah, tidak kuatlah, tidak minatlah, tidak itu dan tidak ini."
Tapi, pernah tidak kita dengar orang yang main games atau kaki movie atau taik couple merungut dengan apa yang mereka perbuat, kemudian menggunakan alasan-alasan tadi untuk meninggalkan perkara-perkara tidak bermanfaat tadi?
"Aku tidak ikhlaslah main games. Delete-lah."
"Samalah, aku rasa tidak layak untuk tengok movie. Tutuplah."
"Itulah, aku pun rasa tidak sucilah untuk bercouple. Clash-lah."
Pernah?
Mungkin ada, tapi berapa ramai jika kita mahu bandingkan dengan mereka-mereka yang lebih suka beralasan dalam melakukan kebaikan berbanding melakukan keburukan?
Lagi satu, pernah tidak kita dengar orang kata,
"Akh, doakan ana istiqomah dalam bercouple ya!"
Atau,
"Akh, doakan ana tsabat atas jalan games!"
Pernah? Kenapa tidak pernah? Kerana dalam nak melakukan perkara-perkara maksiat, manusia memang tidak perlu diajar cara-cara untuk istiqomah. Automatik reti! (tahu) Tapi, kalau dalam hal-hal kebaikan, hal-hal keislaman?
"Akh, doakan ana istiqomah atas jalan tarbiyah." Atau,
"Akh, doakan ana tsabat dalam memperbaiki diri."
Ha.. Ini selalu kita dengar. Sebab apa? Sebab memang hakikatnya untuk duduk atas jalan tarbiyah ini memang perit.
Bukanlah salah kalau kita mengharapkan doa daripada ikhwah atau akhwat kita untuk terus tetap, teguh, isitqomah dan beristimrar atas jalan dakwah, jalan tarbiyah ini. Bagus dan sangat bagus! Cuma, saya mahu ajak kita semua berfikir bahawa, memang atas jalan dakwah dan tarbiyah ini akan ada banyak ujian dan cabaran berbanding kalau kita nak hidup atas jalan hidup sia-sia, buang masa, maksiat dan lain-lain.

Orang akan tuduh kita macam-macam. Gila, sesat, tok lebai, bajet baik, rigid, radikal, ekstrim dan lain-lain. Orang akan ancam kita macam-macam. Nanti kena tangkap polis, tarik scholar, miskin, tak laku.
Pada saya, biasalah itu. Rasulullah SAW dituduh gila, sesat, ahli sihir.
"Demikianlah setiap kali seorang rasul yang datang kepada orang-orang yang sebelum mereka, mereka (kaumnya) pasti mengatakan, "Dia itu pesihir atau orang gila"
(Surah Az-Zariyat ayat 52)
Allah berfirman lagi;
"Dan sesungguhnya orang kafir itu hampir-hampir menggelincirkan engkau dengan pandangan mereka, tatkala mereka mendengar peringatan dan mereka berkata: "Sesungguhnya dia (Muhammad saw) benar-benar seorang yang gila"
(Surah Al-Qalam ayat 51)
Malah Rasulullah SAW sendiri pernah diancam bunuh, dipulaukan oleh saudara-mara dan masyarakat.
"Dan (ingatlah) ketika orang kafir mengatur rancangan terhadap engkau (wahai Muhammad saw), (iaitu) untuk menangkap engkau, atau membunuh engkau, atau mengusir engkau. Mereka membuat rancangan dan Allah (juga) membuat rancangan, dan Allah adalah sebaik-baik Pengatur rancangan."
(Surah al-Anfal ayat 30)
Tapi, Rasulullah tidak pernah sesekali berkata;
"Ya Allah, aku nak berehat. Nanti bila dah ready, aku join balik!"
Pernah?
Ada ikhwah bercerita mengenai keluarga dia yang menegurnya kerana clash dengan couple dia,
"Kamu ini kenapa clash, tak kasihankah pada dia?"
Kawan-kawan pula,
"Weyh, kalau dia bunuh diri macam mana?"
Hati diri sendiri pun berkata-kata,
"Betul juga, dulu aku yang bagi harapan pada dia.. Hmm.."
Konklusinya, di jalan dakwah ini tetaplah ikhlaskan niat kita. Berbuat dan terus berbuat kerana mencari cinta Allah dan mengharapkan keredhaan Allah.Tingkatkan amal, jaga hati baik-baik, jaga mata dan sibukkan diri dengan hal-hal berfaedah. Melemah itu biasa, tapi kalau rasa diri itu mula negatif nilai imannya, cepat-cepatlah bina balik.
Tinggalkan sahaja benda-benda maksiat yang akan menghambat perjalanan kita menuju syurga.
"Kalau datang balik macam mana? "
"Buat tak tahu saja. Nanti dah lama-lama, dia boring, hilang lah tu." =)
"Sampai bila?"
"Sampai Islam itu menang atau kita mati kerananya."
"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah kamu Aku tunjukkan suatu perdagangan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih?" (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu mengetahui, Nescaya Allah mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan ke tempat-tempat tinggal yang baik di dalam surga 'Adn. Itulah kemenangan yang agung. Dan (ada lagi) kurnia yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang mukmin."
(Surah As-Saff ayat 10-13)..
wallahu a'lam..

aku redha dengan segala takdirku (^_^)


"Ikut kata hati mati, ikut kata rasa binasa".
Seringkali kita mendengar peribahasa ini dan menjadi sesuatu kebiasaan bagi kita yang bergelar manusia. Hidup umpama roda, kadangkala kita diatas dan adakalanya kita dibawah. Sudah menjadi intipati dalam menghadapi pelbagai ujian dan dugaan hidup. Namun, setiap manusia sentiasa diuji dengan pelbagai cara dan situasi.
Sebagai hamba Allah yang hidup di dunia ini, kita harus pasrah dan redha dengan ketentuan Illahi. Sesungguhnya, terdapat segala hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku. Namun, tanpa kekuatan yang diberikan olehNya, kita mungkin tidak dapat mengharunginya dengan mudah. Semuanya sudah diatur oleh Allah SWT untuk melihat sejauhmana keimanan kita terhadapNya.
Kekuatan terletak pada hati.
"Kekuatan manusia itu pada hatinya, hati manusia itu milik Tuhannya. Ada Tuhan dihatinya, maka segala kekuatan itu ada pada kita".
Ya, sesungguhnya apa yang ada pada kita semuanya milik Allah, betapa hebatnya Allah menciptakan hati sehinggakan kita dapat memahami perasaan orang lain. Oleh sebab itu, kita perlu menjaga lidah dalam berbicara supaya tiada yang terasa hati dengan kata-kata yang diucapkan. Sudah menjadi adat kita yang mengutamakan sikap berbudi bahasa antara satu sama lain.
Hati yang bersih akan sentiasa menuturkan kata-kata yang baik, manis serta cantik susunan bahasa. Manusia yang hatinya kotor, dirinya sentiasa dikuasai syaitan. Syaitan lebih suka mendekati manusia-manusia yang hatinya penuh dengan sifat mazmumah. Oleh kerana itu, tidak ada ketenteraman hidup yang ada pada dirinya.
Kata hati atau bisikan syaitan?.
Saya akui kita sentiasa menurut kata hati kerana kita tahu ia adalah benar. Tetapi kesahihan dalam menurut kata hati itu perlu melihat kepada konteks yang bersesuaian dengan situasi. Bukannya "membabi buta" seperti yang dilakukan oleh sebahagian manusia sekarang yang hanya memenuhi kehendak hawa nafsu.
Seperti kita melihat didada akhbar, sepasang kekasih tidak mendapat restu dari kedua orang tua untuk berkahwin, mereka mengambil keputusan untuk bertindak diluar kawalan dengan membunuh diri. Jadi, dimanakah nilai kemanusiaan yang ada pada diri ketika itu, adakah ini dikatakan menurut kata hati atau terpedaya dengan bisikan syaitan sehingga mempengaruhi hati dan perbuatan kita untuk bertindak sedemikian rupa.
Dimanakah nilai spiritual kita ketika itu? Mungkin ketika itu, kita rasakan kalau mati sekalipun ia sudah mencapai segala yang dihajati sehingga syurga dan neraka diletak ke tepi. Lihat, betapa hebatnya, pengaruh syaitan sehingga hati kita mati dan kehidupan kita binasa. Keimanan dan ketaqwaan yang kita pelihara sejak kita mengenali Allah SWT, semuanya hancur dek kerana cinta yang tidak kesampaian.

Kebergantungan pada Allah SWT.
Sekiranya keadaan sedemikian berlaku pada diri kita maka kita berbalik kepada Allah SWT. Ketika itu apabila kita ingat kepadaNya, secara automatik segala kejahatan yang hendak kita lakukan akan hilang begitu saja. Serahkan segala urusan kita kepada Allah SWT, sesungguhnya kita hanya merancang dan yang menentukan hanyalah Allah SWT.
Ketika berhadapan dengan situasi sebegini fikiran kita mula membuat anggapan yang Allah tidak sayangkan kita. Tidak, sebenarnya Allah sayangkan kita dan oleh kerana itulah kita diberikan ujian. Besar atau kecil ujian tersebut, bergantung kepada kemampuan hamba-hambanya. Jadi, apabila berada di jalan yang salah Allah akan perbetulkan dengan membimbing hamba-hambanya kembali ke pangkal jalan.
Kita tidak akan keseorangan kerana Allah sentiasa bersama kita. Biarlah kita rasa kecewa sedikit dengan dunia yang sementara ini, kerana diakhirat nanti nikmat kehidupan disana adalah kekal. Tiada sesiapun yang boleh menghalang kebahagiaan kita kecuali Allah SWT.
Hati kata redha.
Berdasarkan pengalaman hidup, saya banyak menghadapi situasi-situasi yang kadang-kadang rasa ketidakadilan pada diri saya. Saya juga pernah berhadapan dengan keadaan yang menyedihkan, saat-saat yang mencemaskan tetapi apabila saya mengajar hati saya berkata "Ya Allah, aku redha dengan segala takdirku", dan ketika itu segala rasa yang mencengkam didada hilang seperti air yang mengalir tenang.
Ketika itu tiada raungan dan esakan, hanya linangan air mata mengalir "redha" tanda kita serahkan segalanya kepada Allah SWT. Secara langsung kita tahu Allah menyayangi dan mengawal hati kita dari melakukan perkara-perkara yang mungkar.
Oleh itu, jagalah hati, kerana siapa kita adalah bergantung bagaimana kita mendidik hati untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT.
"Tiada Allah dalam hati, kehidupan kita tiada makna"...
wallahu a'lam..